Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 Plus kini ditawarkan di Malaysia – RM 1,898

image

Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pakar selfie Oppo F1 Plus ke pasaran tempatan.

Pada majlis pelancaran yang berlangsung di Sunway Pyramid sebentar tadi, Oppo telah memperkenalkan telefon pintar kedua didalam siri F ini dan ianya turut dihadiri oleh ikon selfie Oppo iaitu Nora Danish.

Oppo F1 Plus ini hadir dengan skrin paparan IPS LTPS AMOLED berukuran 5.5-inci (401ppi), pemproses Octa-core berkelajuan 2.0Ghz, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,850mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Selain itu, Oppo F1 Plus ini juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.4 manakala aperture bagi kamera belakang adalah f/2.0.

Oppo F1 Plus ini juga mempunyai sokongan dwi-SIM (nano + nano) , slot microSD ( tambahan 128GB) , Wi-Fi 802.11 b/g/n , Bluetooth , GPS dan ColorOS 3.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Oppo F1 Plus kini sudah mula ditawarkan di , 11Street, wakil pengedar sah diseluruh negara dan di Oppo Store Malaysia (fasa pertama penjualan sehingga 10 April).

Oppo F1 Plus ini ditawarkan pada harga RM 1,898 dan akan hadir didalam dua warna iaitu warna emas dan emas ros.

Setiap pembelian Oppo F1 Plus ini juga akan menerima Oppo Selfie Stick secara percuma dan bagi 100 pembeli pertama mereka akan menerima Headset Bluetooth bernilai RM 198 secara percuma.

Beli Oppo F1 Plus melalui 11street di SINI

Beli Oppo F1 Plus melalui Oppo Store Malaysia di SINI

image image image image image image image image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.