Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

P1 dan TM akan melancarkan pelan pascabayar ‘Unlimited Internet’ pada harga RM 80

webe unlimited internet

Packet One Networks (P1) and Telekom Malaysia sebelum ini telah dilaporkan berkerjasama untuk melancarkan perkhimatan 4G mudah alih dan ianya kini dikenali sebagai ‘webe’.

P1 kini dilaporkan telah bersedia untuk melancarkan servis 4G LTE terbaru di Malaysia ini pada bulan April 2016 (13 April).

Buat masa tidak banyak maklumat pelan yang ditawarkan dibawah perkhimatan webe ini diketahui namun ianya dikatakan akan hadir dengan satu pelan pascabayar RM 10 ( RM 10.60 termasuk GST) dan harus juga kami nyatakan bahawa ianya adalah harga promosi yang sah sehingga 31 Julai 2016.

Terdapat juga satu pelan yang akan hadir dengan 20GB kuota internet , 1000 mini panggilan percuma dan 1000 sms

Selain itu, satu laporan dari Lowyat.Net juga mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan perkhimatan 4G LTE webe ini akan bermula serendah dari RM 8 sebulan iaitu bagi pelanggan P1 yang membeli peranti manakala RM 9 bagi pelanggan P1 yang biasa dan RM 10 bagi pelanggan baru.

Perkhimatan 4G LTE Webe juga dilaporkan akan hadir didalam satu pelan unlimited ( tanpa had) bagi kesemua perkhimatan yang ditawarkan iaitu internet tanpa had, panggilan tanpa had dan sms tanpa had pada bayaran bulanan hanya RM 80 sahaja.

Penawaran pelan tanpa had ini sudah pastinya menarik minat ramai namun kawasan liputan webe ini haruslah strategik dan lebih menyeluruh.

webe unlimited internet-2 webe unlimited internet-3 webe unlimited internet-1

sumber 1|sumber 2

 

 

 

 

 

 

 

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.