Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aries Telecom melancarkan pelan internet 1Gbps – RM5,000 sebulan

aries infinity internet 1gbps

Time Fibre baru-baru ini telah mula menawarkan kelajuan internet fibre sehingga 500Mbps kepada pengguna awam dan kelajuan 500Mbps sebelum ini hanya ditawarkan bagi syarikat-syarikat korporat.

Satu penyedia rangkaian internet iaitu Aries Telecom kini telah mencapai angka kelajuan internet 1Gbps atau 1000Mbps dan ianya ditawarkan khusus untuk syarikat dan perniagaan.

Perkhimatan internet ini dikenali sebagai Infinity dan ianya hadir dengan kelajuan muatnaik dan muat turun 1Gbps (1000Mbps) dan lebih penting tanpa sebarang limitasi kuota atau had jumlah pengunaan.

Perkhimatan internet Aries Infinity yang ditawarkan ini sudah mula ditawarkan namun jumlah kawasan (bangunan) yang diliputi adalah terhad.

Untuk menikmati kelajuan 1Gbps yang ditawarkan oleh Aries Telecom ini, komputer yang digunakan oleh syarikat-syarikat ini haruslah hadir dengan sekurang-kurangnya 8GB RAM, pemproses Intel i7 , Interface Gigabit Ethernet dan LAN dengan kable Cat6 yang menyokong Gigabit.

Aries Infinity yang berkelajuan 1Gbps kini sudah boleh dilanggan oleh syarikat-syarikat atau perniagaan yang berada di bangunan-bangunan seperti di bawah :

Shaftbury Square, Cyberjaya
Neo Cyber, Cyberjaya
Prima Avenue, Cyberjaya
Century Square, Cyberjaya
Menara Multipurpose, Kuala Lumpur
Megan Avenue 1, Kuala Lumpur
Menara Tokio Marine, Kuala Lumpur
Menara Citibank, Kuala Lumpur
Empire Office Tower, Subang Jaya
UOA Bangsar South

Bercakap mengenai harga bulanan yang perlu dibayar untuk Aries Infinity ini, ianya ditawarkan pada bayaran bulanan RM 5000 dan jumlah ini mungkin tidak terlalu tinggi bagi syarikat-syarikat korporat yang memerlukan kemudahan internet yang laju.

Bagi yang berminat, anda juga boleh mencuba perkhimatan Aries Infinity ini di pejabat Aries Telecom yang bertempat di KL Sentral. maklumat lanjut di Aries Telecom

sumber 1

aries infinity internet 1gbps-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.