Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P9 dan P9 Plus dilancarkan secara rasmi

P9 - All

Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu Huawei P9 dan pada masa yang Huawei turut memperkenalkan P9 Plus dan bukanya P9 Max.

Huawei P9

Huawei P9 hadir dengan skrin paparan IPS LCD 1080p berukuran 5.2-inci dan mempunyai saiz dimensi yang hampir sama seperti iPhone 6s

Huawei P9 akan hadir dengan pemproses Kirin 955 yang merupakan versi Kirin 950 yang dinaik taraf dan ianya akan hadir didalam dua kapasiti RAM dan ROM iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB ( masih ada slot microSD)

Huawei P9 nampaknya hadir dengan fokus utama untuk memberikan pengguna pengalaman kamera yang luar biasa dan berdasarkan reaksi awal, mereka telah berjaya melakukanya.

Huawei P9 hadir kamera berkembar pada yang telah dibangunkan bersama-sama syarikat optik terkemuka Jerman iaitu Leica.

Huawei P9 hadir dengan dua unit kamera 12MP dimana satu akan mengambil gambar hitam putih manakala satu lagi akan mengambil gambar berwarna. Kedua-dua gambar yang diambil ini kemudian akan di proses untuk dijadikan satu gambar yang hadir dengan kualiti cahaya yang baik. kamera hadapan yang dimiliki P9 ini adalah 8MP

Aperture yang dimiliki kamera ini adalah f/2.2 dan terdapat juga fokus auto laser, dua lampu flash LED namun tiada optik pengstabilan imej disertakan(OIS)

Rangka Huawei P9 adalah berasaskan aluminium dan mempunyai persamaan seperti Nexus 6P.

Selain itu, Huawei P9 juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian panel belakang, bateri berkapasiti 3,000mAh  slot USB Type-C dan UI EMUI 4.1 yang berasaskan Android Marshmallow

Huawei P9 Plus

Selain P9, Huawei turut memperkenalkan Huawei P9 Plus dan ianya hadir dengan skrin paparan berukuran 5.5-inci dan P9 Plus mungkin bukan pengganti kepada P8 Max ( P9 Max mungkin dilancarkan tidak lama lagi).

Walaupun hadir dengan skrin paparan yang lebih besar, Huawei masih mengekalkan resolusi skrin ini pada 1080p namun teknologi skrin adalah AMOLED dan bukanya IPS LCD seperti pada P9.

Selain itu, Huawei P9 juga hadir dengan teknologi skrin 3D yang mana Huawei menamakanya sebagai Press Touch. Huawei sebelum ini juga melancarkan teknologi skrin 3D ini pada Mate S namun ianya tidak ditawarkan dipasaran tempatan.

Huawei P9 Plus turut memiliki pemproses Kirin 955 namun hanya akan hanya hadir didalam satu kapasiti RAM dan ROM iaitu 4GB/64GB.

Selain itu, Huawei P9 Plus juga memiliki bateri berkapasiti 3,400mAh , pengecasan pantas Dual-IC, pembesar suara stereo dan UI EMUI 4.1 yang berasaskan Android Marshmallow

Unit kamera yang dimiliki P9 Plus juga adalah sama seperi P9 iaitu dua unit kamera 12MP yang dihasilkan dengan kerjasama Leica manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan pemfokusan auto.

Huawei P9 akan mempunyai harga penjualan €599 (RM 2,664) bagi versi 3GB/32GB manakala versi 4GB/64GB akan mempunyai harga €649 (RM 2,886) dengan penjualan akan bermula pada 16 April ini ( fasa pertama : 29 negara di Eropah dan Timur Tengah)

Huawei P9 Plus pula akan ditawarkan €100 lebih mahal iaitu pada harga €749(RM 3,331) dengan penjualan akan bermula pada 20 Mei 2016.

Berikut adalah infografik dan gambar Huawei P9 dan P9 Plus

P9 Infographic P9 - Silver P9 - Titanium Grey P9 - Rose Gold P9 - Prestige Gold P9 Plus (2) P9 - Ceramic White P9 - Camera P9 - Caseobile

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.