Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE akan mempunyai harga penjualan dari RM 1,949 di Malaysia

iphone se

Apple iPhone SE yang dilancarkan bersama-sama iPad Pro 9.7-inci pada 22 Mac lalu nampaknya selangkah lebih dekat untuk memasuki pasaran Malaysia.

Jika sebelum ini Maxis telah membuka pendaftaran minat bagi iPhone SE , kini Apple Malaysia telah mengesahkan harga penjualan telefon pintar ini dan ianya akan bermula dari RM 1,949 bagi versi 16GB manakala versi 64GB akan mempunyai harga penjualan RM 2,449.

Apple iPhone SE ini akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu perak, kelabu , emas dan emas ros.

Walaupun sudah mendedahkan harga penjualan, anda masih belum mampu melakukan pembelian iPhone SE melalui laman sesawang Apple Store Malaysia ini.

apple ipad pro malaysia

Dalam pada itu, Apple iPad Pro 9.7-inci pula akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari RM 2,699 dengan model paling mahal akan memiliki harga penjualan RM 4,699.

Apple iPad Pro 9.7-inci ini akan hadir didalam dua versi iaitu versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + SIM.

Berikut adalah harga iPad Pro 9.7-inci mengikut kapasiti dan versi :

iPad Pro 9.7-inci versi Wi-Fi

32GB – RM 2,699

128GB – RM 3,399

256GB – RM 4,099

iPad Pro 9.7-inci versi Wi-Fi + SIM

32GB – RM 3,299

128GB – RM 3,999

256GB – RM 4,699

Seperti iPhone SE, Apple iPa Pro 9.7-inci juga akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu emas,perak , kelabu dan emas ros.

Maklumat lanjut boleh anda ketahui di sumber di bawah

Apple Malaysia iPhone SE

Apple Malaysia iPad Pro 9.7-inci

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.