Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 Plus akan ditawarkan pada harga RM 1,898

image

Oppo F1 Plus telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 7 April ini dan awal hari ini telefon pintar ini telah mula dibuka untuk tempahan melalui kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia.

Ketika laporan kami awal pagi tadi, kami masih belum mempunyai maklumat mengenai harga penjualan Oppo F1 Plus ini namun kini terdapat dua sumber yang memberikan kita maklumat harga telefon pintar ini.

Ketua Pegawai Ekskutif Oppo , William Fang telah memuat turun satu gambar Oppo F1 Plus di akaun Facebook peribadi beliau dengan mengatakan harga penjualan telefon pintar ini akan berada pada kadar RM 1,500-RM 2,000 dan satu lagi sumber juga dari FB kedai konsep Oppo Ipoh Garden Tesco telah mengesahkan Oppo F1 Plus akan mempunyai harga penjualan RM 1,898.

Oppo F1 Plus ini akan hadir dengan skrin paparan IPS LTPS AMOLED berukuran 5.5-inci (401ppi), pemproses Octa-core berkelajuan 2.0Ghz, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,850mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas

Selain itu, Oppo F1 Plus ini juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.4 manakala aperture bagi kamera belakang adalah f/2.0.

Oppo F1 Plus ini juga akan mempunyai sokongan dwi-SIM (nano + nano) , slot microSD ( tambahan 128GB) , Wi-Fi 802.11 b/g/n , Bluetooth , GPS dan ColorOS 3.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Oppo F1 Plus ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan emas ros.

image

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.