Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 Edge mampu bertahan selama 16 jam didalam air

samsung galaxy s7 edge malaysia underwater-1

Walaupun memiliki reka bentuk yang hampir sama seperti Galaxy S6 dan S6 Edge, Kedua-dua telefon pintar utama Samsung bagi tahun ini iaitu S7 dan S7 Edge hadir dengan beberapa ciri penting yang membezakanya dengan model tahun lalu dan antaranya adalah ciri kalis air dan habuk.

Kedua-dua Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge adalah peranti yang hadir dengan pensijilan IP68 yang mana menurut Samsung mampu bertahan didalam air berkedalaman sehingga 1.5 meter selama 30 minit.

Walaubagaimanapun, ujian yang dilakukan oleh Unbox Therapy mendedahkan ianya mampu bertahan jauh lebih lama daripada itu.

Unbox Therapy telah melakukan eksperimen ini pada Galaxy S7 Edge dengan meletakkan telefon pintar ini didalam satu bekas yang penuh dengan air selama 16 jam 36 minit.

Walaupun telah berendam selama itu, Samsung Galaxy S7 Edge masih berfungsi seperti biasa namun ini tidak memberikan kita kepastian bahawa ianya mampu pada kedalaman air yang lebih dalam ( tekanan bertambah apabila kedalaman air meningkat).

Jika anda adalah pemilik terawal Samsung Galaxy S7 Edge di Malaysia, anda mungkin boleh yakin dengan kekalisan air dan habuk yang disertakan pada peranti ini namun kami menasihatkan anda tidak mencuba sesuatu yang sama seperti ujian yang dilakukan ini.

Tontoni video eksperimen yang dilakukan oleh Unbox Therapy di bawah

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.