Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Malaysia telah membuka tempahan bagi Oppo F1 Plus

oppo f1 plus preorder-3

Telefon pintar Oppo F1 Plus telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia minggu ini dan jika sebelum ini tempahan bagi telefon pintar ini dibuka melalui DirectD, kini Oppo Malaysia juga telah membuka tempahan  F1 Plus ini.

Walaubagaimanapun, Oppo Malaysia juga masih belum mengumumkan harga penjualan Oppo F1 Plus namun ianya akan diketahui pada 6 April ini di majlis pelancaran yang akan berlangsung di Sunway Pyramid.

Oppo F1 Plus ini akan hadir dengan skrin paparan IPS LTPS AMOLED berukuran 5.5-inci (401ppi), pemproses Octa-core berkelajuan 2.0Ghz, 4GB RAM , 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,850mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Selain itu, Oppo F1 Plus ini juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.4 manakala aperture bagi kamera belakang adalah f/2.0.

Oppo F1 Plus ini juga akan mempunyai sokongan dwi-SIM (nano + nano) , slot microSD ( tambahan 128GB) , Wi-Fi 802.11 b/g/n , Bluetooth , GPS dan ColorOS 3.0 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Tempahan bagi Oppo F1 Plus kini boleh dilakukan dengan hanya membayar RM 1 sebagai deposit dan anda harus mengambil peranti ini pada 6 April selepas pukul 4 di Sunway Pyramid ( ditawarkan didalam dua warna emas dan emas ros).

Setiap pembelian Oppo F1 Plus ini juga akan menerima Oppo Selfie Stick secara percuma dan bagi 100 pembeli pertama mereka akan menerima Headset Bluetooth bernilai RM 198 secara percuma.

tempah Oppo F1 Plus di SINI

oppo f1 plus preorder oppo f1 plus preorder-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.