Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 Plus akan dilancarkan di Malaysia 7 April – tempahan kini di buka

oppo f1 plus directd malaysia

Oppo F1 Plus yang sebelum ini pernah diumumkan kewujudanya ketika pelancaran Oppo F1 di India nampaknya akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Oppo F1 Plus ini kini telah dibuka untuk tempahan dan ianya adalah melalui pengedar telefon pintar terkemuka di Malaysia iaitu DirectD dan pada masa yang sama pihak Oppo juga telah mula menghantar jemputan ke majlis pelancaran Oppo F1 Plus.

Selain membuka tempahan, DirectD juga telah mengesahkan spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini.

Oppo F1 Plus ini akan hadir dengan  skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dan 4GB RAM, kamera selfie 16MP , kamera utama 13MP , 64GB memori simpanan dalaman , sensor capjari dan banyak lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang harga penjualan diumumkan namun harga akan diumumkan pada 7 April ini.

Oppo F1 Plus ini boleh ditempah di kedai konsep DirectD Oppo di Subang Jaya ataupun di DirectD Gadget Mega Stor ( bersebelahan lebuhraya persekutuan).

Tempoh tempahan Oppo F1 Plus adalah dari 25 Mac 2016 sehingga 6 April 2016 dan bagi anda yang mahu melakukan tempahan, anda perlu membayar deposit RM 200 ( terhad kepada satu unit setiap tempahan).

Selain itu, tempahan Oppo F1 Plus melalui DirectD juga akan menerima kayu Selfie Oppo ( sementara stok masih ada).

Oppo F1 Plus yang ditempah ini boleh diambil pada roadshow Oppo F1 Plus yang akan diadakan di Sumway Pyramid pada 7 April 2016.

Oppo F1 Plus yang dibeli dari DirectD ini akan hadir dengan jaminan waranti 12 bulan dari Oppo Malaysia.

F1 Plus Invitation Front

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.