Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

3.4 Juta unit Apple iPhone SE di tempah di China

apple-iphone-se-malaysia-price-1

Apple iPhone SE yang dilancarkan bersama-sama iPad Pro 9.7-inci telah mula dibuka untuk tempahan pada 24 Mac di pasaran utama dunia termasuk di pasaran China.

Laporan terbaru oleh CNBC mengatakan bahawa telefon pintar iPhone SE berjaya mendapat hampir 3.4 juta tempahan di pasaran China sahaja.

Walaubagaimanapun, harus kita perjelaskan bahawa mekanisma tempahan di pasaran China adalah tidak sama seperti di pasaran antarabangsa yang lain.

Tempahan di pasaran China ini membolehkan anda menempah satu unit iPhone ini tanpa sebarang bayaran pendahuluan dan ini mewujudkan kemungkinan ada orang yang membuat tempahan tidak membeli iPhone SE ini.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa jumlah ini adalah sesuatu yang kecil dan kita harus kagum dengan jumlah tempahan yang diterima telefon paling murah pernah dikeluarkan oleh Apple ini.

Selain itu, laporan yang sama juga mendedahkan bahawa warna yang paling popular dikalangan pengguna adalah emas diikuti oleh warna emas ros.

Harga penjualan iPhone SE di pasaran China adalah bermula dari CNY 3,288 iaitu sekitar RM 2,022 dan jauh lebih tinggi dengan harga penjualan di Amerika Syarikat yang bermula dari $399 (RM 1,594).

Apple iPhone SE ini akan mula dijual di pasaran fasa pertama pada 31 Mac ini dan bagi kita di Malaysia, ianya mungkin tiba lebih awal dengan Maxis telah pun membuka pendaftaran minat bagi telefon pintar ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.