Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Yes kini menawarkan Samsung Galaxy S7 Edge – hanya RM 799

subbanner-SamsungGalaxyS7Edge

Samsung Galaxy S7 Edge yang telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia sejak beberapa minggu lalu kini turut mula ditawarkan oleh syarikat penyedia internet Yes.

Yes menawarkan Samsung Galaxy S7 Edge pada harga serendah RM 799 dan anda boleh menikmati kuota internet 20GB dan 2,000 minit panggilan percuma setiap bulan ( ke rangkaian Yes sahaja, 9sen/minit ke rangkaian lain).

Selain itu, pembelian Galaxy S7 Edge ini juga akan menerima modem Huddle XS yang bernilai RM 509 secara percuma.

s7 edge yes plan

Selain itu , pengguna yang berminat juga perlu membayar pendahuluan sebanyak RM 1,888 yang akan direbat kembali ke akaun anda didalam masa 24 bulan ( tempoh kontrak adalah 24 bulan).

Selain itu, Yes turut menawarkan kad microSD 32GB secara percuma dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini melalui Yes , anda boleh lihat senarai kedai dan wakil pengedar sah produk Yes di SINI

Samsung Galaxy S7 Edge yang dilancarkan bersama-sama Galaxy S7 di Mobile World Congress ini mempunyai harga penjualan RM 3,099 dan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam,perak dan emas.

Walaupun Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa Galaxy S7 tidak akan memasuki pasaran tempatan, anda masih boleh mendapatkanya (versi import) melalui SatuGadget dengan harga penjualan RM 2,899 iaitu hanya RM 200 lebih murah berbanding S7 Edge.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.