Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelan MaxisONE khas untuk Sabah dan Sarawak dilancarkan – dari RM68

maxis sabah sarawak plan-2

Maxis telah melancarkan pelan pascabayar MaxisONE yang dikhususkan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Seperti pelan MaxisONE yang ditawarkan di semenanjung Malaysia, pelan MaxisONE yang dikhaskan kepada pengguna di Sabah dan Sarawak ini hadir dengan panggilan tanpa had percuma kesemua rangkaian namun pada harga yang lebih rendah.

Sebanyak 4 pelan MaxisONE ditawarkan dan ianya hadir dengan komitmen bulanan dari RM 68, RM 98 , RM 128 dan RM 158.

Selain itu, pelanggan baru MaxisONE di Sabah dan Sarawak juga akan menikmati kuota internet tanpa had dari pukul 1 sehingga pukul 7 pagi.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati kuota internet harian tambahan MaxisONE dengan membeli mana-mana peranti melalui program Zerolution.

Pelan MaxisONE 128 dan MaxisONE 158 ini juga hadir dengan langganan Spotify Premium percuma ( kuota pengstriman muzik juga percuma) dan anda juga boleh menambah nombor tambahan pada kedua-dua pelan teratas ini.

Setiap satu tambahan nombor baru pada pelan MaxisONE 128 dan MaxisONE 158 ini akan di caj RM 48 setiap satu ( maksima dua nombor tambahan sahaja).

Pelan MaxisONE 68 ternyata dijangka akan mendapat sambutan yang hangat dan kami pasti pengguna pasti lebih gembira jika ianya turut ditawarkan di semenanjung Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai pelan MaxisONE untuk Sabah dan Sarawak boleh anda lihat di SINI

dalam pada itu, Maxis juga telah membuka tempahan bagi Samsung Galaxy S7 Edge dan setiap tempahan ini akan menerima jam pintar Gear S2 secara percuma.

maxis sabah sarawak plan maxis sabah sarawak plan-1

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.