Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ketahanan Honor 5x diuji pada tahap ekstrim – diletupkan bersama 1,000 mercun

honor 5x explosion-1

Honor 5x telah dilancarkan di Malaysia bulan lalu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan yang mana buktinya adalah dengan tempahan 3,000 unit didalam masa 24 jam sahaja.

Walaupun hadir dengan harga penjualan yang sangat berpatutan dan merupakan jenama kelas kedua Huawei, telefon pintar Honor 5x ini tidak hadir ke pasaran tanpa sebarang kualiti reka bentuk.

Jika anda mahu bukti bahawa struktur rangka yang dimiliki oleh Honor 5x adalah antara yang terbaik di pasaran, anda boleh menonton video yang kami sertakan dibawah ini.

Huawei India telah menguji ketahanan Honor 5x dengan meletakkanya pada satu kotak mercun yang mengandungi 1,000 das mercun dan hasil ujian ini boleh anda lihat pada video yang kami sertakan di bawah ini.

Mengimbas kembali Spesifikasi yang dimiliki oleh Huawei Honor 5X ini , ianya hadir dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit Snapdragon 615, dua pilihan RAM iaitu 2GB dan 3GB, GPU Adreno 405, memori simpanan dalam 16GB dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,000mAh ( hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0).

Selain itu, Huawei Honor 5X juga hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan lampu flash dwi-tona dan kamera selfie 5MP.

Huawei Honor 5X juga akan menyokong dua SIM pada rangkaian 4G LTE dan tidak lupa slot microSD.

Huawei Honor 5x akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu putih , hitam dan emas dengan harga penjualan RM 899 kecuali warna emas yang ditawarkan pada harga RM 939.

Honor Malaysia juga telah membuka laman sesawang yang baru yang dikenali sebagai http://www.hihonor.com/my dan anda boleh membeli telefon pintar ini di laman sesawang ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.