Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Malaysia melancarkan Oppo Neo 5 yang baru – hanya RM 498

Neo-5-(16-GB-ROM-Version)-5

Oppo Malaysia secara rasminya telah mula menawarkan Oppo Neo 5 yang baru dan ianya hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Oppo Neo 5s dan lebih menarik harga penjualan Oppo Neo 5 ini lebih murah berbanding sebelum ini namun spesifikasi yang telah dipertingkatkan.

Oppo Neo 5 ini hadir dengan ukuran dimensi yang sama seperti Oppo Neo 5s iaitu 131.9mm x 65.5mm x 8.0mm dengan berat 135gram.

Oppo Neo 5 ini hadir dengan skrin paparan FWVGA berukuran 4.5-inci, pemproses MediaTek MT6582 berkelajuan 1.3GHz, 1GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman , bateri berkapasiti 2,000mAh dan sokongan dua jenis SIM ( nano SIM dan micro-SIM).

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh Oppo Neo 5 ini, ianya hadir dengan kamera utama 8MP dengan pemfokusan auto dan lampu flash LED manakala kamera selfie yang dimiliki telefon pintar ini adalah 5MP juga dengan pemfokusan auto.

Oppo Neo 5 ini juga hadir dengan ColorOS 2.1.0i yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop dan harga penjualan telefon pintar ini adalah RM 498.

Dengan pelancaran Neo 5 yang baru ini, Oppo Malaysia juga akan menghentikan penjualan Oppo Neo 5 yang lama.

Jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar Oppo Neo 5 yang baru ini anda boleh menyemak maklumat terkini mengenai telefon pintar ini di kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia di SINI

Neo-5-(16-GB-ROM-Version)-10 Neo-5-(16-GB-ROM-Version)-12 Neo 5 (16 GB ROM Version)-7(2)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.