Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

S7 Edge dibuka untuk tempahan lagi esok – 15% diskaun dan microSD 64GB percuma

samsung-galaxy-s7-preoder-2,000-unit-malaysia

Seperti yang kami laporkan minggu lalu, Samsung Galaxy S7 Edge telah dibuka untuk tempahan pada awal pagi ini ( 7 Mac ) dan 1,000 unit S7 Edge ini telah habis ditempah didalam masa hanya 3 jam selepas tempahan dibuka pada pukul 12 tengah malam tadi.

Di atas sambutan yang menggalakkan ini, Samsung telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka tempahan bagi 2,000 unit S7 Edge dan ianya hadir dengan diskaun 15% dan 64GB kad microSD secara percuma.

Sebagai perbandingan, 1,000 tempahan pertama menerima 20% diskaun dan 128GB kad memori microSD secara percuma dan tambahan satu tahun jaminan waranti.

Bagi 2,000 unit ini, tempahan akan dibuka pada pukul 10 pagi esok dan sehingga stok masih ada.

Dengan diskaun 15% ini, anda akan memiliki Samsung Galaxy S7 Edge pada harga RM 2634.15 berbanding RM 2,479.20 bagi 1,000 unit pertama.

Untuk memastikan anda berjaya membuat tempahan Galaxy S7 Edge ini anda harus melayari laman sesawang rasmi Samsung Malaysia dan melakukan langkah-langkah dibawah :

  1. Pilih warna Galaxy S7 Edge yang anda mahu (hitam onyx , emas platinum dan perak titanium)
  2. Pilih stor Samsung pilihan anda untuk membuat pengambilan S7 Edge anda
  3. Membuat pembayaran muka RM 300

Tempahan boleh dibuat awal pagi esok iaitu bermula dari pukul 10 pagi di : : http://my.campaign.samsung.com/s7preorder/

jika anda terlepas peluang untuk menempah 1,000 unit pertama Galaxy S7 Edge, tawaran ini juga agak menarik untuk anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.