Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] LG G5 dilancarkan secara rasmi – telefon pintar modular pertama

LG-G5

Selain Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge, LG juga telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaiatu LG G5 di Mobile World Congress awal pagi tadi dan nampaknya telefon pintar ini hadir dengan gelaran sebagai telefon pintar modular pertama didunia untuk dijual secara komersial.

Seperti Google Ara, telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk yang dilihat sama seperti pada telefon pintar lain kecuali pada bahagian bawah di mana anda booleh menanggalkan panel bawahnya dan menambah komponen modular dan ianya turut memberikan anda akses kepada bateri , slot SIM dan slot microSD.

Buat masa ini terdapat dua komponen modular tambahan bagi LG G5 ini iaitu LG Cam Plus yang menambah satu pemegang kamera yang hadir dengan butang ‘shutter’, butang video dan butang zoom. LG Cam Plus ini juga hadir dengan bateri tambahan 1,2000mah.

Komponen modular kedua yang di ditawarkan adalah komponen audio yang dikenali sebagai LG Hi-Fi Plus with B&O PLAY yang mampu menawarkan kualiti audio yang lebih baik. Selain itu, LG juga akan memberikan akses kepada pengeluar untuk mengeluarkan lebih banyak lagi komponen modular seperti ini.

Kembali ke alam nyata, LG G5 hadir dengan skrin paparan Quad HD IPS Quantum berukuran 5.3-inci dan ianya hadir dengan teknologi skrin ‘awlays on’ yang diperkenalkan pada LG V10 dan teknologi ini hanya mempunai pengunaan bateri 0.8% sejam.

Selain itu, LG G5 juga hadir dengan teknologi kamera berkembar pada bahagian belakang dan unit kamera utama hadir dengan sensor 16MP dan mempunyai 75° Field of View (FoV) manakala kamera kedua dibahagian belakang hadir dengan sensor 8MP dan 135° Field of View (FoV).

Selain itu, LG G5 juga akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan slot microSD. Selain itu, LG G5 juga hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang selain bateri berkapasiti 2,800mAh.

LG G5 akan hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan ianya akan mula dijual pada bulan April didalam 4 warna iaitu emas, merah jambu, perak dan titan.

LG Cam Plus

LG-CAM-PlusLG WiFi-Plus

LG-HiFi-PlusInfografik LG G5

LG-G5-Infographic

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.