Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[MWC 2016] Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge dilancarkan secara rasmi

samsung galaxy s7 dan galaxy s7 edge dilancarkan secara rasmi

Selepas beberapa bulan didalam pembikinan, Samsung secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Samsung Galaxy S7 hadir dengan skrin paparan QHD Super AMOLED berukuran 5.1-inci dan skrin paparan ini memiliki kepada piksel 577ppi. Galaxy S7 hadir dengan ukuran dimensi 142.4 x 69.6 x 7.9mm dan mempunyai berat 152gram.

Selain itu, dari segi reka bentuk Samsung Galaxy S7 hadir dengan reka bentuk panel hadapan gelas 2.5D manakala bahagian belakang hadir dengan lengkungan yang sama seperti pada Galaxy Note 5.

Bercakap mengenai Galaxy S7 Edge pula, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.5-inci dan tidak lupa skrin ini mempunyai lengkungan pada kedua-dua sisi, ukuran dimensi yang dimiliki S7 Edge adalah 150.9 x 72.6 x 7.7mm dengan berat 157gram.

Beralih kepada spesifikasi dalama yang dimiliki oleh kedua-dua telefon pintar Galaxy S7 ini, seperti diduga, kedua-dua model ini hadir didalam dua jenis pemproses dalaman iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan pemproses Exynos 8890. Kapasiti RAM yang dimiliki S7 dan S7 Edge masih kekal pada 4GB dengan teknologi RAM LPDDR4 dan ianya hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB ( terdapat slot microSD yang menyokong tambahan 200GB ).

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge hadir dengan kamera 12MP dan adalah tidak tepat jika anda bandingkanya dengan kamera 16MP yang dimiliki oleh S6. Kamera ini hadir dengan aperture f/1.7 dan teknologi Dual Pixel yang mampu membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih berkualiti walaupun pada keadaan cahaya yang rendah selain fokus automatik yang pantas dan Smart OIS. Kamera selfie yang dimiliki oleh kedua-dua model ini adalah 5MP dengan aperture f/1.7

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan 3,6000mAh dan ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas ((WPC dan PMA).

Ciri-ciri lain yang dimiliki S7 dan S7 Edge adalah include Dual-band Wi-Fi ac, MIMO, Bluetooth v.4.2, ANT+, USB 2.0, NFCdan MST ( untuk sokongan sistem pembayaran).

Salah satu ciri yang pasti mendapat pujian ramai adalah Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Beralih kepada perisian dalaman, Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan hadir dengan TouchWiz UI yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan ditawarkan di pasaran mulai pertengahan bulan Mac dan dijangka akan hadir didalam 4 warna iaitu putih, hitam, perak dan emas.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Mac 2016

Samsung Galaxy S7

02

01 03 04 05 06 07 08

Samsung Galaxy S7 Edge 02 01 08 07 06 05  0403

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.