Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perbandingan 3 pelan Pascabayar terbaik di Malaysia

Malaysia-telco

Persaingan untuk mendominasi perkhimatan penyediaan pelan pascabayar (postpaid) yang terbaik dilihat sentiasa sengit dan berdaya saing. Kami membandingkan tiga pelan pascabayar yang ditawarkan oleh Celcom, Digi dan UMobile iaitu Celcom Gold, Digi Smartplan 75 dan U Mobile P70

Persaingan untuk menawarkan antara pelan pascabayar yang paling bernilai adalah satu situasi yang baik kepada pengguna kerana ini akan menyebabkan syarikat telekomunikasi menawarkan lebih banyak kuota internet , panggilan percuma pada harga yang lebih rendah.

12767600_1231795073501867_240952199_n

Berikut adalah pecahan ketiga-tiga pelan ini mengikut kategori-kategori seperti di bawah.

Harga :

Dari segi harga pelan U Mobile P70 adalah pelan yang hadir dengan komitmen bulanan yang paling rendah manakala pelan Celcom Gold adalah pelan yang paling mahal pada komitmen bulan RM 80 .

Data Internet:

Seperti pada harga, Pelan U Mobile P70 menawarkan kuota internet yang terbanyak yang sama seperti pelan Digi Smartplan 75 namun pada harga yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang gemar menggunakan aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan WeChat anda mungkin tertarik kepada pelan Digi Smartplan 75 kerana ianya hadir dengan akses tanpa had kepada aplikasi ini.

Pelan Celcom Gold hadir dengan satu insentif tambahan iaitu anda boleh membawa baki kuota internet harian anda ke bulan seterusnya (maksima 5GB ).

Panggilan Percuma :

Ketiga-tiga pelan pascabayar ini hadir dengan panggilan percuma tanpa had dan ianya adalah sesuatu yang pasti diterima baik walaupun membuat panggilan kini semakini jarang.

SMS Percuma :

Pelan Celcom Gold hadir dengan SMS tanpa had kesemua rangkaian manakal pelan Digi Smartplan 75 pula hanya menawarkan SMS tanpa had kepada 3 nombor Digi. Pelan UMobile P70 pula mengenakan kadar SMS biasa. Kuota SMS percuma ini dilihat tidak begitu penting memandangkan pengunaan SMS adalah terlalu kurang.

Data Internet Percuma :

UMobile menawarkan 50MB kuota internet percuma setiap hari manakala pelan Celcom Gold pula hadir dengan 1.25GB internet percuma yang boleh digunakan pada penghujung minggu (Sabtu dan Ahad).

Kesimpulan:

Pelan U Mobile P70 dilihat pelan yang terbaik dan dengan kuota internet sehingga 8.5GB sebulan dan panggilan percuma pada harga yang lebih rendah berbanding pesaing.

Pelan Celcom Gold juga dilihat mampu memberikan persaingan kepada pelan U Mobile P70 dan pelan Celcom P70 kerana ianya hadir dengan akses penstriman Yonder Music secara percuma untuk 12 bulan dan anda juga mendapat internet percuma setiap hari Sabtu dan Ahad.

Pelan Digi Smartplan 75  yang hadir dengan akses WhatsApp and WeChat tanpa had ini mungkin menarik minat ramai pengguna.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.