Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

SatuGadget akan turut menawarkan Honor 5x – dari RM 899

0003307_huawei-honor-5x-original-huawei-malaysia-set

Huawei Honor 5x yang dilancarkan bersama-sama Honor 7 Enhanced Edition telah disahkan akan mula dijual di pasaran Malaysia 16 Februari dengan harga penjualan bermula dari RM 899 bagi warna perak dan kelabu manakala warna emas akan mempunyai harga penjualan RM 939.

Penghujung minggu lalu, Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa tempahan bagi kedua-dua telefon pintar ini akan diadakan pada 16 Februari dan boleh ditempah melalui Lazada, Vmall dan DirectD.

Kini satu lagi pengedar telefon pintar terkemuka iaitu SatuGadget juga telah mengesahkan bahawa mereka juga akan membuka tempahan bagi Honor 5x pada 16 Februari ini.

Honor 5x yang telah dilancarkan di China pada bulan Oktober yang lalu sebagai telefon pintar paling murah untuk menawarkan sensor capjari.

Spesifikasi yang dimiliki oleh Huawei Honor 5X adalah skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit Snapdragon 615, dua pilihan RAM iaitu 2GB dan 3GB, GPU Adreno 405, memori simpanan dalam 16GB dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,000mAh ( hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0).

Selain itu, Huawei Honor 5X juga hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan lampu flash dwi-tona dan kamera selfie 5MP.

Huawei Honor 5X juga akan menyokong dua SIM pada rangkaian 4G LTE dan tidak lupa slot microSD.

Honor 5x yang ditawarkan oleh SatuGadget ini juga hadir dengan jaminan waranti satu tahun dari Huawei Malaysia.

 

Maklumat lanjut di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.