Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 5x dan Honor 7 Enhanced Edition mula dijual 16 Februari – dari RM 899

image51

Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan harga penjualan bagi telefon pintar Honor 5x dan Honor 7 Enhanced Edition di Malaysia.

Kedua-dua model telefon pintar ini telah dilancarkan di Malaysia pada 26 Januari yang lalu dan tempahan bagi telefon pintar ini akan dibuka pada 16 Februari ini dari pukul 12 tengahari sehingga 12 malam ( atau sehingga stok masih ada) dan tempahan akan dihantar mulai 19 Februari.

Huawei Honor 5x akan ditawarkan didalam tiga warna dan sedikit pelik adalah warna juga memainkan peranan didalam menentukan harga.

Honor 5x akan ditawarkan dengan harga penjualan RM 899 bagi warna perak dan kelabu manakala warna emas pula akan mempunyai harga penjualan RM 939.

Selain itu, bercakap mengenai Honor 7 Enhanced Edition pula, model ini akan ditawarkan didalam satu warna iaitu warna emas dan akan mempunyai harga penjualan RM 1,499 iaitu hanya RM 100 lebih mahal berbanding versi biasa Honor 7.

Selain melalui vmall, kedua-dua telefon pintar ini juga boleh ditempah melalui DirectD dan Lazada.

Kedua-dua telefon pintar terbaru Honor ini juga hadir dengan jaminan retakan skrin selama 6 bulan selain pertukaran satu-kepada-satu bagi sebarang masalah pada telefon pintar juga untuk tempoh 6 bulan.

Selain pada 16 Februari 2016, penjualan kedua Huawei Honor 5x dan Honor 7 Enhanced Edition akan berlangsung pada 23 Februari 2015.

jika anda berminat mendapatkan salah satu model ini, kami mengesyorkan anda melakukanya dengan segera sejurus selepas tempahan dibuka.

image58 huawei honor 5x

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.