HTC One M10 akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820 dan MediaTek
Baru semalam kami melaporkan bahawa terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa generasi telefon pintar terbaru HTC iaitu One M10 tidak akan dilancarkan di MWC yang akan berlangsung bulan hadapan sebaliknya akan dilancarkan pada satu majlis berasingan yang akan diadakan pada bulan Mac 2016.
And now this has been ‘confirmed’ by another rumor. Although the source of this has leaked pretty accurate HTC-related information in the past, make sure you don’t forget your grain of salt.
Khabar angin ini kini disokong dengan satu lagi berita yang dikeluarkan oleh sumber yang lebih boleh dipercayai dan telah banyak lagi mengeluarkan maklumat yang betul berkaitan dengan syarikat Taiwan ini.
HTC One M10 yang dikenali dengan kod nama Perfume dijangka akan hadir dengan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dengan UI HTC Sense 8.0 dan laporan terbaru ini juga mengatakan bahawa HTC One M10 akan hadir didalam dua jenis pemproses iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan pemproses MediaTek tidak dimaklumkan versi pemproses tersebut.
Selain itu, kita juga tidak akan menyaksikan kedua-dua model dengan pemproses yang berbeza ini ditawarkan pada pasaran yang sama dan berita buruk bagi kita di Malaysia adalah, HTC One M10 yang ditawarkan di pasaran Asia Tenggara dan China dijangka akan hadir dengan pemproses MediaTek.
HTC One M10 dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 pula dijangka akan ditawarkan di pasaran seperti di Amerika Syarikat dan Eropah.
Apa pun pelancaran HTC One M10 tahun ini sudah pastinya akan mendapat perhatian tinggi kerana telefon pintar ini mungkin akan menjadi model yang menentukan hidup mati syarikat ini.