Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 4s kini lebih pantas dengan kemaskini iOS 9.2.1

apple-iphone-4s-8.4.1-vs-apple-iphone-4s-ios-9.2.1-2

Jika anda masih ingat, sejumlah pengguna Apple iPhone 4s di Amerika Syarikat telah bertindak menyaman Apple dengan dakwaan sistem operasi iOS 9 yang ditawarkan ini telah menyebabkan telefon pintar mereka mempunyai tindak balas yang perlahan sehingga memaksa mereka membeli telefon pintar yang baru.

Dua hari lalu Apple telah mula menawarkan kemaskini Apple iOS 9.2.1 dan walaupun kemaskini ini adalah kecil ianya dilihat telah hadir untuk membolehkan operasi sistem operasi iOS 9 ini pada peranti seperti Apple iPhone 4s lebih pantas.

Satu video perbandingan antara sistem operasi Apple iOS 8.4.1 dan Apple iOS 9.2.1 pada Apple iPhone 4s membuktikan bahawa kedua-dua sistem operasi ini kini mempunyai kelajuan dan tindak balas operasi yang hampir sama.

Jika sebelum ini pengguna Apple iPhone 4s mendakwa bahawa telefon pintar mereka lebih perlahan pada iOS 9 kini ianya dilihat sudah setanding dengan versi Apple iOS 8.

Walaupun kebanyakkan pembukaan aplikasi pada iPhone 4s dengan iOS 8.4.1 dan iPhone 4s dengan iPhone 9.2.1 adalah sama, terdapat juga aplikasi yang mana ianya dibuka lebih pantas pada iPhone 4s dengan iOS 9.2.1 seperti App Store, Setting, Safari dan banyak lagi.

Dengan kemaskini terbaru ini, Apple dilihat sudah mula mendengar keluhan pengguna telefon pintar Apple iPhone yang lama dan tidak lagi menggunakan strategi tersembunyi dengan secara sengaja memperlahankan operasi model ini supaya pengguna memikirkan untuk membeli telefon pintar yang baru.

sumber

Anda boleh menonton video penuh ini dibawah

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.