Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One M10 tidak akan dilancarkan di MWC 2016

htc-one-m10-malaysia

Semakin kita hampir kepada Mobile World Congress yang akan berlangsung di Barcelona bulan hadapan.

Di MWC 2016 ini, Samsung dijangka akan melancarkan generasi baru telefon pintar utama mereka iaitu Galaxy S7 manakala LG turut diperkatakan akan memperkenalkan LG G5 dengan reka bentuk yang baru.

Walaubagaimanapun, HTC dilihat tidak akan memperkenalkan generasi baru telefon pintar mereka iaitu One M10 di MWC.

Laporan ini mungkin ada betulnya kerana sehingga kini tiada satu pun maklumat mengenai HTC One M10 yang tersebar.

Walaubagaimanapun, pengguna dilihat tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan generasi baru telefon pintar utama HTC ini, syarikat Taiwan ini dilaporkan akan mengadakan satu majlis pelancaran khas pada bulan Mac 2016 sebelum ianya ditawarkan di pasaran pada bulan berikutnya.

Pada mulanya, HTC merancang untuk melancarkan model M10 ini di MWC namun pelancarna terpaksa ditanggungkan kerana pengurusan atasan syarikat ini telah memberikan beberapa prototaip kepada pasukan reka bentuk. HTC One M10 ini akan hadir dengan reka bentuk yang baru dan ini telah menyebabkan sedikit kelewatan.

HTC One M10 akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820, sensor capjari , bateri berkapasiti 3,000mAh, kamera utama 23MP dan ianya juga akan memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Dengan tiada sebarang pengesahan rasmi sehingga kini, kita hanya boleh meletakkan laporan ini sebagai satu khabar angin yang mungkin menjadi kenyataan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.