Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One A9 kini ditawarkan didalam warna ‘pink’

htc one a9 pink

Adik tiri iPhone 6s iaitu HTC One A9 yang dilancarkan pada bulan Oktober yang lalu kini ditawarkan didalam warna ‘pink’ merah jambu atau lebih mudah untuk dikenali sebagai warna emas ros.

Warna merah jambu HTC One A9 ini dilancarkan di pasaran Taiwan dan akan mula ditawarkan mulai 15 Januari ini.

Sebelum ini HTC One A9 ditawarkan didalam 4 warna iaitu perak, kelabu, emas dan merah pekat dan penambahan warna baru ini menjadikan 5 warna ditawarkan secara keseluruhanya.

HTC One A9 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 617 ( pertama kali digunakan), dua pilihan RAM iaitu 2GB atau 3GB, dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB.

Selain itu, HTC One A9 juga hadir dengan sokongan LTE, sokongan kad microSD sehingga 2TB, bateri berkapasiti 2,150 mAh yang mempunyai sokongan pengecasan Quick Charge 2.0 dan 3.0, sensor pengesan capjari pada butang ‘home’ dan pembesar suara audio berkualiti tinggi.

Dari segi kamera pula, HTC One A9 hadir dengan kamera utama 13MP yang dilengkapi dengan OIS manakala kamera selfie model ini adalah kamera 4MP UltraPixel HTC.

Bercakap mengenai harga penjualan HTC One A9 versi merah jambu ini, versi 2GB RAM/16GB ROM akan ditawarkan pada harga TWD 14,900 (RM 1,958) manakala versi 3GB RAM/32GB ROM akan dijual pada harga TWD 15,900 (RM 2,098).

Bercakap mengenai penawaran model ini di Malaysia, ianya dijangka akan dilancarkan di pasaran tempatan didalam masa terdekat.

sumber

htc one a9 pink-1 htc one a9 pink-2 htc one a9 pink

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.