Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo mengumumkan jenama Motorola tidak akan digunakan selepas ini

Motorola_Logo_2014

Lenovo telah mengambil alih syarikat Motorola Mobility daripada Google pada tahun 2014 dan nampaknya kewujudan jenama Motorola didalam dunia telefon pintar akan hilang selepas ketua pegawai eksekutif syarikat ini iaitu Rich Osterloh telah mengesahkan perkara ini didalam satu temuramah di CES 2016.

Rick Osterloh berkata bahawa jenama Motorola akan dihentikan secara berperingkat namun ini tidak bermaksud segala legasi telefon pintar ini akan hilangl.

Perniagaan telefon Motorola ini akan berada dibawah nama Lenovo dan dan Lenovo akan menggunakan dua jenama selepas ini. Moto daripada Lenovo akan hadir dengan telefon pintar premium kelas atasan manakala Vibe akan memfokuskan kepada penawaran model kelas pertengahan.

Walaupun pengunaan jenama Motorola, logo M akan digunakan pada model Moto yang dilancarkan dan penjenamaan semula ini mungkin mampu mengembalikan semula prestasi penjualan telefon pintar jenama Moto

Selain itu, Osterloh dan pasukan beliau akan mula mengambil alih segala operasi perniagaan telefon pintar Lenovo dan ini mungkin bermaksud semua model Vibe daripada Lenovo dibawa masuk kedalam pasaran dimana Moto dijual dan sebaliknya.

Bagi kita di Malaysia, kita pasti sedar bahawa pelancaran model Motorola di Malaysia sebelum ini adalah sangat jarang namun selepas penjenamaan semula dibawah nama Lenovo, telefon pintar siri Moto daripada Lenovo mungkin akan lebih mudah diperolehi dan ini sudah pasti akan meningkatkan lagi kepopularan produk ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.