Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3 dijangka menggunakan pemproses Snapdragon 616

xiaomi-redmi-3-snapdragon-616

Xiaomi telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri Redmi iaitu Redmi 3 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Januari ini dan ianya dilihat hadir dengan reka bentuk yang menarik sekaligus dlihat mempunyai potensi sebagai telefon pintar tercantik pernah dikeluarkan oleh Xioami.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi, spesifikasi Redmi 3 telah disenaraikan di TENAA dimana ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.5GHz, 16GB memori simpanan dalaman, slot microSD, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan ukuran dimensi 139.3 x 69.6 x 8.5 mm dengan berat 143gram.

Bercakap mengenai pemproses misteri octa-core 1.5 GHz yang akan digunakan oleh Xiaomi pada Redmi 3 ini, penganalisa IHS iaitu Kevin Wang telah mendedahkan melalui akaun Weibo beliau bahawa Xioami Redmi 3 akan menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 616.

Ianya adalah jenis pemproses octa-core yang sama seperti Snapdragon 615 namun dengan kelajuan pemprosesan yang lebih tinggi iaitu 1.5GHz dan disertakan dengan GPU Adreno 405 selain model LTE X5.

Xiaomi Redmi 3 dijangka akan mempunyai harga penjualan CNY 699 iaitu sekitar RM 466 dan harga ini adalah sangat kompetetif.

Xiaomi Redmi 3 dijangka akan memasuki pasaran tempatan namun tiada sebarang tarikh akan bila model ini ditawarkan di rantau ini diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.