Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Pad 2 64GB habis dijual dalam masa 60 saat

image

Bulan lalu, Xiaomi Mi Pad 2 telah dilancarkan bersama-sama Redmi Note 3 dan kedua-dua peranti ini telah mula ditawarkan oleh DirectD di Malaysia.

Sebelum ini, Xiaomi Mi Pad 2 telah mula dijual dengan harga penjualan CNY 999 namun ini adalah model yang hadir dengan kapasiti memori simpanan dalaman 16GB.

Hari ini, Xiaomi telah mula menawarkan Mi Pad 2 didalam konfigurasi 64GB yang ditawarkan didalam dua versi sistem operasi iaitu versi Android dan versi Windows 10 dengan harga penjualan CNY 1,299.

Walaubagaimanapun, stok bagi Mi Pad 2 dengan versi 64GB ini habis didalam masa 60 saat selepas ianya mula dijual melalui penjualan kilat pagi ini.

Seperti penjualan kilat Xiaomi yang lain, sudah pasti ramai yang kecewa kerana tidak berjaya memiliki tablet terbaru Xiaomi ini dan terdapat juga ramai yang mengadu di Weibo mengenainya.

Xiaomi Mi Pad 2 hadir dengan pemproses 64-bit quad-core Intel X5-Z8500 berkelajuan 2.24Ghz , GPU Intel HD Graphics, 2GB RAM LPDDR3, dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB.

Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan skrin paparan berukuran 7.9-inci dengan resolusi 2048 x 1536piksel yang memberikan kepadatan piksel 326ppi. Skrin paparan ini adalah skrin paparan yang sama seperti pada Apple iPad Mini 4.

Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 6,190mAh dengan pengecasan pantas, WiFi 802.11ac dan slot USB Type-C ( peranti Xiaomi pertama dengan slot USB Type-C).

Xiaomi Mi Pad 2 hadir didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas.

Penjualan yang memberangsangkan ini pasti akan mendapat perhatian ramai dan pasti ada yang mengatakan bahawa permintaan yang luar biasa telah menyebabkan stok habis dengan segera dan pasti satu lagi teori yang mengatakan stok yang ditawarkan oleh Xiaomi adalah tidak banyak.

Walaubagaimanapun, sambutan yang diterima Xiaomi bagi Mi Pad 2 64GB pasti akan membuat syarikat ini lebih optimistik bagi tahun 2016.

sumber

xiaomi mi pad 2 malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.