Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Malaysia mengesahkan ZenFone Zoom akan dilancarkan Januari 2016

asus-zenfone-zoom-malaysia

Asus Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar Asus Zenfone Zoom akan mula ditawarkan di Malaysia pada bulan Januari 2016.

Asus Malaysia telah mengesahkan pelancaran Zenfone Zoom ke pasaran Malaysia apabila menjawab pertanyaan seorang pengguna Facebook mengenai status penjualan Zenfone Zoom di pasaran tempatan.

Asus ZenFone Zoom akan hadir ke pasaran selepas hampir 12 bulan diumumkan iaitu pada CES 2015 dan tidak seperti ketika diumumkan ketika itu, ZenFone Zoom hadir dengan sedikit perubahan iaitu kini menggunakan panel belakang ‘faux leather’.

asus-zenfone-zoom-malaysia

Asus ZenFone Zoom ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 403ppi( gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4), dua jenis pemproses daripada Intel iaitu Z3580 bagi versi 64GB dan Z3590 bagi versi 128GB, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, beralih kepada fokus utama telefon pintar ini iaitu Kamera. Asus ZenFone Zoom adalah telefon pintar hibrid dengan kamera 13MP yang mempunyai mempunyai lensa diperbuat oleh HOYA. Lensa ini menawarkan penzooman optik 3x dan bukanya zoom digital yang biasa digunakan pada telefon pintar. Kamera ini juga hadir dengan teknologi pemfokusan laser AF manakala kamera hadapan model ini adalah 5MP.

Asus ZenFone Zoom juga hadir dipasaran sebagai telefon pintar ternipis didunia yang memiliki zoom optik 3x.

Asus ZenFone Zoom dijangka akan hadir didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih didalam dua versi iaitu 64GB dan 128GB.

Asus Zenfone Zoom dijangka akan dilancarkan bersama-sama Asus Zenfone Max yang telah dikesan di SIRIM baru-baru ini.

sumber

asus-zenfone-zoom-malaysia-3 asus-zenfone-zoom-malaysia-2 asus-zenfone-zoom-malaysia-1 asus-zenfone-zoom-lens-malaysia asus-zenfone-zoom-malaysia-4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.