Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xioami Mi Pad 2 kini di tawarkan oleh DirectD – RM 899

mi pad 2 directd

Xiaomi Mi Pad 2 yang dilancarkan bersama-sama Redmi Note 3 kini secara telah memasuki pasaran Malaysia melalui DirectD dengan harga jualan RM 899.

Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan pemproses 64-bit quad-core Intel X5-Z8500 berkelajuan 2.24Ghz , GPU Intel HD Graphics, 2GB RAM LPDDR3, dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB namun model yang ditawarkan DirectD adalah versi 16GB sahaja.

Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan skrin paparan berukuran 7.9-inci dengan resolusi 2048 x 1536piksel yang memberikan kepadatan piksel 326ppi. Skrin paparan ini adalah skrin paparan yang sama seperti pada Apple iPad Mini 4.

Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 6,190mAh dengan pengecasan pantas, WiFi 802.11ac dan slot USB Type-C ( peranti Xiaomi pertama dengan slot USB Type-C).

Xiaomi Mi Pad 2 hadir didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas yang popular namun tiada warna emas ros yang ternyata hangat dipasaran.

Xiaomi Mi Pad 2 akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari CNY 999(RM 661)bagi model 16GB memori simpanan dalaman. Model 64GB Xiaomi Mi Pad 2 ini dijual dengan harga CNY 1299 (RM 860).

DirectD menawarkan Xiaomi Mi Pad 2 didalam dua warna iaitu warna emas dan warna kelabu dan ianya turut ditawarkan dengan jaminan waranti 12 bulan daripada DirectD.

anda boleh mengetahui maklumat penuh mengenainya disini > DirectD Mi Pad 2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.