LG G Pad II 8.3 LTE dilancarkan secara rasmi – dengan stylus pen
LG secara rasminya telah memperkenalkan tablet baru yang dikenali sebagai LG G Pad II 8.3 LTE dan kini sudah mula dijual di pasaran Korea Selatan.
LG G Pad II 8.3 LTE ini hadir dengan skrin paparan WUXG berukuran 8.3-inci dengan resolusi 1920 x 1200 piksel dan dikuasain oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 615.
Selain itu, tablet terbaru LG juga hadir dengan 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 4,800mAh dan mempunyai ukuran dimensi 216.8×126.5×8.8mm dengan berat 366gram.
Beralih kepada bahagian kamera, LG G Pad II ini hadir dengan kamera utama 8MP yang mempunyai pemfokusan auto dan kamera selfie 2MP.
Ciri-ciri lain yang dimiliki oleh tablet G Pad II ini adalah 4G LTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Bluetooth 4.1,GPS dan sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop.
Apa yang menarik pada LG G Pad II ini adalah, ianya hadir dengan satu pen stylus dan dilengkapi dengan perisian aplikasi Microsoft Office yang membolehkan anda melakukan kerja-kerja dengan lebih mudah.
LG G Pad II 8.3 LTE ini kini sudah mula ditawarkan di pasaran Korea melalui syarikat telekomunikasi LG U+ namun masih tiada sebarang maklumat akan harga penjualannya. Tablet ini dilihat hadir didalam satu warna sahaja iaitu warna perang.
Selain itu, status penawaran LG G Pad II 8.3 LTE ke pasaran antarabangsa juga masih belum diketahui.