Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung memulakan ujian beta Marshmallow bagi S6 dan S6 Edge

samsung-galaxy-s6-dan-s6-edge-android-marshmallowSamsung telah memulakan program ujian awam bagi Android Marshmallow yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kemaskini sistem operasi terbaru yang bakal ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi. Samsung akan memberikan pengguna telefon pintar terbaru Galaxy untuk mencuba versi beta Android Marshamallow dan memberikan maklum balas yang akan meningkatkan lagi kestabilanya.

Tujuan Samsung mengambil langkah ini adalah syarikat gergasi Korea ini telah menghadapi beberapa masalah pada kemaskini Android Lollipop dan ini telah menyebabkan kelewatan dan penundaan penawaran kemaskini.

Samsung kini telah membuka satu akses rasmi kepada versi beta Android Marshmallow dan Samsung komited untuk menguji sistem operasi ini pada banyak telefon pintar keluaran mereka namun Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge akan menjadi antara yang pertama diuji didalam versi beta.

Sebagai peranti utama tahun ini, kedua-dua Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge akan diberikan kemaskini Android Marshmallow tidak lama lagi dan versi beta bagi sistem operasi yang baru ini kini ditawarkan sehingga 18 Januari. Walaubagaimanapun, hanya pengguna di Korea Selatan yang boleh menyertai program ujian ini dan ianya diperincikan lagi khusus kepada pengguna rangkaian daripada syarikat telekomunikasi KT dan LGU+.

Ujian beta ini perlu disertai menggunakan aplikasi Galaxy Care yang boleh dimuat turun di Play Store.

Dengan pelancaran ujian beta, Samsung dilihat semakin hampir untuk menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru yang lebih stabil kepada pemilik telefon pintar Galaxy.

baca Pelan Kemaskini Android Marshmallow Samsung

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.