Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Panggilan Video melalui WhatsApp akan dilancarkan tidak lama lagi

whatsapp-video-call-malaysia
Aplikasi permesejan popular WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook nampaknya akan menawarkan satu lagi ciri baru yang membolehkan pengguna aplikasi ini melakukan panggilan video.

Menurut satu laporan yang diterbitkan di Jerman, pengguna WhatsApp akan boleh melakukan panggilan video melalui rangkaian selular ataupun melalui Wi-Fi dan akan ditawarkan kepada pengguna peranti Apple iOS sebelum ditawarkan kepada pengguna Android.

UI WhatsApp Video ini adalah sangat ringkas dimana keseluruhan skrin akan memaparkan video orang yang anda panggil dan satu tingkap kecil akan memaparkan video anda. Panel tingkap tersebut dilihat boleh diletakkan mengikut kesukaan anda.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk menggunakan kamera hadapan atau belakang ketika membuat panggilan video ini.

Lebih menarik, laporan ini turut berkata bahawa WhatsApp video akan mula ditawarkan pada versi 2.12.16.2 dan App Store Apple mendedahkan bahawa versi semasa adalah 2.12.12 dan ini bermaksud kemaskini aplikasi WhatsApp yang seterusnya akan membawakan fungsi panggilan video percuma ini.

Selain itu, WhatsApp juga akan menambahbaik kemudahan pengunaan aplikasi ini, satu tab khas akan ditambah yang membolehkan anda membuka mesej rakan rapat yang dipilih tanpa perlu ke senarai penuh kenalan anda.

WhatsApp juga akan mendapat reka bentuk yang lebih baik dan akan memfokuskan kepada warna hijau secara keseluruhanya.

Tidak seperti panggilan suara WhatsApp, ciri panggilan video melalui WhatsApp mungkin ditawarkan dengan lebih cepat.

sumber

whatsapp video whatsapp video-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.