HTC One X9 membuat penampilan didalam video
Semalam kami telah melaporkan bahawa telefon pintar terbaru daripada HTC iaitu One X9 telah membuat penampilan rasmi melalui beberapa gambar asli.
Hari ni HTC One X9 dilihat semakin mendapat perhatian apabila lebih banyak gambar asli model ini dikeluarkan dan tidak setakat itu, satu video HTC One X9 turut diterbitkan.
Video ini yang berasal dari sumber di China dilihat memberikan kita lebih banyak pendedahan mengenai fungsi dan kelebihan yang dimiliki oleh HTC One X9 ini.
HTC One X9 ini akan dilancarkan didalam masa terdekat dan pasaran china sekali lagi akan mendapat penghormatan sebagai negara pertama peranti baru ini akan dijual.
Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh HTC One X9 ini, ianya akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6795 berkelajuan 2.2GHz, 2 atau 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.
HTC One X9 ini juga akan hadir dengan kamera utama 13MP yang memiliki teknologi kamera 13MP yang turut disertakan dengan optik pengstabilan imej (OIS) yang juga mampu mengambil gambar mod RAW seperti pada HTC One A9.
Reka bentuk panel kamera belakang HTC One X9 ini dilihat mempunyai persamaan dengan Nexus 6P daripada Huawei yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,698.