Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MicroMax melancarkan Yu Yutopia – telefon pintar premium

yu yutopia-3

 

Jika setiap hari pasti ada sahaja telefon pintar yang dilancarkan oleh pengeluar dari China, MicroMax daripada India juga tidak mahu ketinggalan didalam perebutan untuk mendominasi pasaran telefon pintar dunia.

MicroMax secara rasminya telah melancarkan Yu Yutopia yang merupakan telefon pintar premium pertama dariapda syarikat ini.

Yu Yutopia hadir dengan reka bentuk berasaskan magnesium dan aluminium aloi yang menjadikanya hampir 90% lebih kukuh berbanding reka bentuk berasaskan polikarbonat.

Yu Yutopia hadir dengan skrin paparan QHD SHARP OGS TP berukuran 5.2-inci yang turut hadir dengan perlindungan gelas Corning Gorilla Glass 4. Skrin paparan ini mempunyai resolusi 1440 x 2560 dengan kepadatan piksel mencecah 565ppi.

Yu Yutopia turut hadir dengan pemproses Snapdragon 810 berkelajuan 2GHz, 4GB RAM LPDDR4, GPU Adreno 430 dan 32GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Yu Yutopia turut hadir dengan kamera utama 21MP ExmorRS IMX230 daripada Sony yang turut hadir dengan optik pengstabilan imej OIS selain pemfokusan pantas PDAF. Kamera hadapan yang dimiliki telefon pintar MicroMax ini adalah 8MP dengan lensa lebar 86 darjah.

Beralih kepada bateri yang dimiliki oleh Yu Yutopia ini, ianya memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh dan mempunyai teknologi pengecasan pantas yang mampu mengecas 0% hingga 60% didalam masa hanya 30 minit.

Yu Yutopia ini turut memiliki slot microSD ( sehingga 128GB), 4G LTE, Wi-Fi, Bluetooth 4.1, GPS/A-GPS, kenipisan 7.2mm, Cyanogen 12.1 berasaskan Android 5.1.1 namun akan ditawarkan kemaskini Cyanogen 13 yang berasaskan Android Marshmallow.

Yu Yutopia kini ditawarkan untuk tempahan melalui Amazon India dengan harga penjualan INR 29,999 (RM 1,945) dan akan mula dihantar kepada pengguna mulai 26 Disember 2015.

yu yutopia-6 yu yutopia-4 yu yutopia-1 yu yutopia-2 yu yutopia-5sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.