Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli Telefon Pintar Oppo dan menangi Perodua MYVI

oppo-1

Oppo Malaysia yang baru-baru ini telah melancarkan stor atas talian rasmi mereka yang tersendiri kini telah mengumukan sesuatu sempena perayaan Krismas dan tahun baru yang bakal menjelang tiba ini.

Oppo telah mengumumkan satu kempen promosi musim perayaan ini dengan memberikan pengguna yang membeli telefon pintar Oppo peluang untuk memenangi Perodua Myvi dan banyak lagi hadiah menarik.

Promosi perayaan ini adalah dibuka kepada sesiapa yang membeli telefon pintar Oppo tidak kira secara atas talian ataupun secara pembelian terus melalui wakil pengedar sah Oppo Malaysia. Selain itu, anda juga tidak perlu membuat apa-apa pendaftaran bagi melayakkan anda menyertai pertandingan ini kerana Oppo akan memilih pemenang mengikut nombor IMEI yang unik pada setiap telefon pintar.

Anda hanya perlu memastikan telefon pintar Oppo anda yang baru ini telah didaftarkan warranti nya.

Anda akan layak secara automatik untuk menyertai cabutan bertuah ini apabila pembayaran telah diterima.

Pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem IMEI Oppo dan pemenang cabutan bertuah ini akan diumumkan di laman sesawang Oppo Malaysia pada 11 Januari 2016.

Antara hadiah lain yang ditawarkan pada promosi musim percutian ini adalah hadiah utama Perodua Myvi 1.3 Premium X (1), percutian 3 hari 2 malam ke Bali, Indonesia (3), Televisyen LED 32-inci ( 5 unit).

Selain itu, bagi setiap pembelian telefon pintar Oppo ( kecuali Oppo Joy 3), anda juga akan menerima payung Oppo secara percuma.

Promosi ini akan berlangsung dari 17 Disember sehingga 7 Januari 2016.

oppo

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.