Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus X versi Champagne emas dilancarkan secara rasmi

oneplus-x-champagne-malaysia

OnePlus secara rasminya telah melancarkan satu versi telefon pintar terbaru mereka iaitu Oneplus X. OnePlus X ini kini ditawarkan didalam edisi Champagne yang hadir dengan warna putih pada panel belakang dan hadapan dengan rangka berwarna emas.

OnePlus X ini adalah versi yang sama seperti OnePlus X onyx dan bukanya OnePlus X Seramik yang dijual pada harga yang lebih tinggi.

OnePlus X versi putih emas ini telah pun dijual di China sejak beberapa minggu lalu dan mendapat sambutan yang baik dan disebabkan itu, OnePlus telah mengumumkan pelancaran rasmi OnePlus X versi Champagne untuk pasaran antarabangsa.

Beli OnePlus X Onyx di SINI.

Selain itu, OnePlus X versi Champagne ini juga memerlukan kod jemputan untuk anda memilikinya namun ianya akan ditawarkan tanpa sebarang halangan unik ini pada setiap hari Selasa.

Spesifikasi dalaman yang dimiliki oleh OnePlus X Champagne ini adalah sama seperti OnePlus X Onyx dan OnePlus X versi Seramik.

Bagi kita di Malaysia, OnePlus tidak menawarkan model ini secara penjualan terus namun kita mungkin menyaksikan model ini ditawarkan oleh Brightstar Malaysia melalui Lazada.

Bercakap mengenai Lazada, syarikat ini kini telah menawarkan OnePlus X versi Onyx tanpa sebarang jemputan dan mempunyai harga penjualan RM 1,288 termasuk GST.

OnePlus x versi terbaru ini juga mempunyai harga penjualan €269 iaitu sekitar RM 1,257.

Beli OnePlus X Onyx di SINI.

oneplus-x-champagne-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.