Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Menangi Droid StarWars BB-8 daripada Maxis

maxis-store-onlie-starwars-bb8-droid-postpaid

Demam Star Wars : The Force Awakens dilihat satu femonena yang sangat mendapat perhatian di negara kita dan nampaknya, syarikat telekomunikasi terkemuka negara iaitu Maxis telah turut serta didalamnya.

Maxis kini menawarkan pelanggan baru ataupun lama mereka peluang untuk memenangi satu unit robot BB-8 Droid apabila anda membeli satu peranti pintar baru dengan melanggani mana-mana pelan pascabayar Maxis.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, melakukan pembelian peranti pintar baru dibawah pelan pascabayar melalui stor atas talian Maxis dan selepas itu, anda akan menerima satu e-mel yang memberikan anda pautan kepada borang penyertaaan.

Selepas itu, anda hanya perlu menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan lebih penting, dengan pantas untuk memberikan anda peluang memenangi robot BB-8 Droid ini.

Maxis akan memilih tiga pemenang yang menjawab email tersebut didalam masa terpantas setiap miggu.

Setiap pemenang ini akan mendapat satu unit BB-8 Droid yang bernilai RM 799 setiap satu.

Pertandingan ini akan berlansung dari hari ini iaitu 7 Disember 2015 sehingga penghujung tahun ini iaitu 31 Disember 2015.

Senarai pemenang BB-8 Droid dijangka akan disenaraikan di laman sesawang Maxis dan dikemaskini setiap minggu.

Episod terbaru StarWars : The Force Awakens akan mula ditayangkan dipawang di seluruh negara mulai 17 Disember ini.

Maklumat lanjut boleh anda lihat di pautan ini : Maxis Malaysia

maxis-store-onlie-starwars-bb8-droid-postpaid-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.