Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft Surface Pro 4 kini di Malaysia

Microsoft Surface Pro 4 Malaysia

Microsoft secara rasminya telah melancarkan tablet Microsoft Surface Pro 4 ke pasaran tempatan

Microsoft Surface Pro 4 hadir dengan skrin paparan 12.3-inch dan dlihat sebagai pencabar kepada iPad Pro.

Skrin paparan yang dimiliki oleh Surface Pro 4 ini hadir dengan resolusi 2,736 x 1,824 dan kepadatan piksel 267ppi.

Dari segi dalaman terdapat dua jenis pemproses yang ditawarkan oleh Microsoft iaitu pemproses Intel Core i5 dan Intel Core i7. Selain pemproses dalaman, kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman juga berbeza-beza.

Microsoft Surface Pro 4 juga hadir dengan satu versi yang mempunyai 1TB memori simpanan dalaman.

Berikut adalah versi  dan harga Microsoft Surface Pro 4 yang ditawarkan di Malaysia :

  • Pemproses Generasi keenam Intel  Core M dengan 4 GB RAM dan 128GB ROM – RM3,999
  • Pemproses Generasi keenam Intel  Core i5 dengan 4 GB RAM dan 128GB ROM – RM 4,499
  • Pemproses Generasi keenam Intel  Core i5 dengan 8 GB RAM dan 256GB ROM – RM 5,799
  • Pemproses Generasi keenam Intel Core i7 dengan 8 GB RAM dan 256GB ROM – RM 7,099
  • Pemproses Generasi keenam Intel Core i7 dengan 16 GB RAM dan 256GB ROM – RM 8,049
  • Pemproses Generasi keenam Intel Core i7 dengan 16 GB RAM dan 512GB ROM – RM 9,799.

Selain itu, setiap pembelian model Surface Pro 4 ini akan hadir dengan satu stylus Surface Pen bernilai RM 259.

Microsoft berkata jangka hayat bateri yang akan dimiliki oleh tablet Microsoft Surface Pro 4 ini adalah sekitar 9 jam dan jangka hayat ini diperoleh hasil ujian yang dilakukan dengan menggunakan Surface Pro 4 Core i5, 8GB RAM dan 256GB ROM.

Microsoft turut mendakwa bahawa tablet Surface Pro 4 ini adalah 50% lebih pantas berbanding Apple MacBook Air.

Surface Pro 4 turut hadir dengan satu perkakas papan kekunci yang ditawarkan didalam beberapa warna seperti warna hitam, biru terang dan biru. Perkakas ini dijual pada harga RM 529.

aksesori lain yang ditawarkan adalah Docking Station dengan harga RM 789.

Microsoft Surface Pro 4 Front

Surface pro 4 image Surface pro 4 Surface pro 4 malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.