Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 8 akan hadir dengan reka bentuk premium

Huawei Mate 8 akan hadir dengan reka bentuk premium 1

Huawei Mate 8

Detik pelancaran telefon pintar pertama dengan pemproses Kirin 950 iaitu Huawei Mate 8 kini berbali kurang daripada 10 hari dan kali ini panel belakang telefon pintar Mate 8 ini telah di gambarkan.

Berdasarkan gambar ini, kita boleh simpulkan bahawa Huawei Mate 8 akan hadir dengan reka bentuk berasaskan panel keluli dan dilihat sangat nipis.

Panel belakang Huawei Mate 8 ini dilhat berasaskan plastik dan terdapat juga satu bulatan sensor pengesan capjari yang sama seperti pada Nexus 6P yang turut direka Huawei.

Selain itu, tidak seperti pada Huawei Nexus 6P yang hadir dengan slot USB Type-C, Mate 8 hadir dengan slot micro USB dan dua pembesar suara pada bahagian bawah.

Selain itu, spesifikasi yang dikhabarkan akan dimiliki oleh Huawei Mate 8 ini sangat menarik.

Seperti yang kami perkatakan sebelum ini, Huawei Mate 8 akan hadir dengan pemproses HiSilicon Kirin 950, dua pilihan RAM dan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 3GB/32GB atau 4GB/64GB.

Selain itu, Huawei Kirin 950 akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.0-inci ( masih tiada skrin paparan QHD), bateri berkapasiti 4,100mAh dan Android Marshmallow.

Pelancaran Huawei Mate 8 akan diadakan pada 26 November ini dan kami akan memberikan anda kesemua maklumat penuh mengenainya kelak.

Huawei Mate 8 dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih berpatutan jika dibandingkan dengan Huawei Mate S yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM 2,698

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.