Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One M9s dilancarkan secara rasmi – dari RM 1,725

htc-one-m9s-malaysia

HTC secara rasminya telah melancarkan One M9s di Taiwan dan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti One M9 dengan beberapa perubahan spesifikasi

HTC One M9s hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek Helio X10, 2GB RAM ,16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,840mAh . Selain itu, HTC juga memyertakan slot microSD yang mampu menyokong kad sehingga 2TB walaupun kad microSD dengan kapasiti ini belum wujud.

Kamera utama One M9s ini adalah yang sama seperti pada model One E9 iaitu kamera 13MP namun ianya hadir dengan optik pengstabilan imej. Selain itu, kamera One M9s ini juga hadir dengan lensa 27.8mm yang mempunyai aperture f/2.0 dan elemen sapphire kristal.

Kamera hadapan telefon pintar ini adalah sama seperti yang anda akan temui pada telefon pintar HTC iaitu kamera UltraPixel 4MP dengan f/2.0 dan lensa 26.8mm

HTC One M9s hadir dengan reka bentuk yang sama seperti One M9 dengan ukuran dimensi 144.6 x 69.7 x 9.6mm dan berat 158gram.

HTC One M9s hadir dengan sokongan perhubungan biasa seperti Bluetooth v4.1, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC, GPS dengan A-GPS, GLONASS dan Beidou.

HTC One M9s kini sudah dibuka untuk tempahan dengan harga penjualan TWD 12,900 (RM 1,725) dan penghantaran peranti terbaru HTC ini akan bermula mulai 21 November ini.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat samada peranti ini akan melakukan penampilan di pasaran antarabangsa.

sumber

htc-one-m9s-dot-view-cover-malaysia htc-one-m9s-malaysia-3 htc-one-m9s-malaysia-2 htc-one-m9s-malaysia-1 htc-one-m9s-malaysia-5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.