Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

SenQ kini menawarkan ‘trade-in’ peranti dengan skrin yang retak

senq-crack-smartphone-and-tablet-trade-in

Masalah skrin retak pada peranti pintar seperti telefon pintar dan tablet adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Skrin retak sering terjadi apabila tablet atau telefon pintar kesayangan anda terjatuh dengan permukaan hadapan menerima impak sehingga menyebabkan skrinya retak.

Kebiasaanya, apabila skrin paparan peranti pintar anda retak, jaminan waranti yang disertakan bersama peranti pintar anda tidak akan meliputi skrin retak ini.

Ini bermaksud anda perlu menukar skrin retak ini dengan mengeluarkan duit anda sendiri dan selalunya kos penukaran cermin tablet atau telefon pintar hampir menyamai atau melebihi nilai peranti pintar tersebut.

Disebabkan ini ramai pengguna akan membuat keputusan untuk menggunakan sahaja peranti dengan skrin yang retak ataupun membiarkan sahaja peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, menyedari kebanyakkan pengguna menghadapi masalah ini, SenQ kini telah melancarkan program khas yang menerima peranti pintar dengan skrin paparan yang retak secara ‘trade-in’.

Jika anda mempunyai telefon pintar atau tablet dan ingin membeli satu peranti yang baru namun pada harga yang lebih rendah, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan dengan menukarkan peranti anda yang mempunyai skrin retak ini.

Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai nilai yang ditetapkan bagi peranti pintar anda namun anda boleh mengunjungi kedai Sengheng atau SenQ yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Tinjauan kami dilaman sesawang SenQ juga tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai program pertukaran ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.