Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi menawarkan pengunaan Apple Music tanpa caj data

apple-music-digi-freedom-malaysia

Kepada pelanggan syarikat telekomunikasi Digi yang telah mengaktifkan pas pengstirman muzik Digi Music Freedom kini boleh menikmati kandungan Apple Music tanpa sebarang cas internet.

Ketua pegawai pemasaran Digi, Christian Thrane berkata “Kami gembira Apple Music menjadi sebahagian daripada Digi Music Freedom dan ini mengukuhkan lagi penawaran perkhimatan Digi Music Freedom “

Christian Thrane juga berkata mereka telah menyaksikan permintaan yang baik bagi iPhone 6s dan 6s Plus yang dilancarkan bulan lalu dan beliau yakin Apple Music juga akan diterima baik di pasaran Malaysia. Selain itu, tindakan Apple untuk menawarkan Apple Music bagi peranti Android juga akan meningkatkan lagi jumlah pengguna aplikasi ini.

digi-music-freedom-partners-malaysia

Apple Music menyertai 21 aplikasi muzik popular lain dibawah Digi Music Freedom. Antara aplikasi yang sebahagian daripada Digi Music Freedom adalah Spotify, Deezer, TIDAL, JOOX dan MixRadio. Melalui aplikasi Digi Music Freedom ini anda boleh menikmati lagu-lagu kegemaran anda di Apple Music tanpa sebarang penolakan kuota internet anda.

Kepada pelanggan Digi yang mengaktifkan Digi Music Freedom sebelum 31 Disember, pelanggan akan menerima pelayaran muzik percuma bagi 120 hari. (selepas itu dikenakan cas RM3/sebulan).

apple-music-digi-freedom-malaysia-1

Servis Digi Music Freedom ini boleh dinikmati oleh kesemua pelanggan Digi tidak kira pelanggan prabayar ataupun pascabayar dengn syarat anda mempunyai langganan internet.

Selepas tempoh promosi ini pengguna Digi Music Freedom ini masih boleh menikmati muzik tanpa sebarang pemotongan kuota namun dengan bayaran RM3 sebulan.

muat turun Digi Music Freedom disini :

download appstoredownload google playstore

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.