Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kedai Rasmi Apple Store akan dibuka di Singapura – 100% Tenaga Solar

apple-store-akan-dibuka-di-singapura-1

Apple telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian yang akan menyaksikan kesemua operasi syarikat itu di Singapura akan beroperasi menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Mulai Januari 2016, syarikat pembangun tenaga solar, Sunseap Group akan membekalkan Apple 100% tenaga boleh diperbaharui yang menghiasi puncak hampir 800 bangunan di Singapura sekaligus menjadikan Apple syarikat pertama di Singapura untuk beroperasi secara eksklusif dengan tenaga boleh diperbaharui.

Selain itu, Apple juga telah mengesahkan bahawa kedai Apple Store pertama mereka akan dibuka tahun hadapan dan kedai ini juga akan dijana oleh tenaga boleh diperbaharui daripada Sunseap Group.

sunseap-group-singapore-apple-store

Penglibatan Apple didalam teknologi tenaga boleh diperbaharui bukanlah sesuatu yang baru namun usaha syarikat Cupertino ini harus diberikan pujian.

Berbalik kepada Apple Store yang akan dibuka di Singapura, ini akan menjadi kedai Apple Rasmi pertama di Asia Tenggara dan Singapura dilihat calon yang sesuai untuk menerimanya.

Seperti kita sedia maklum, Apple sentiasa menyenaraikan Singapura sebagai antara negara terawal untuk menerima produk-produk Apple yang baru dilancarkan iaitu iPhone, iPad, Apple Watch dan banyak lagi.

Lokasi Apple Store Singapura yang bakal dibuka ini juga belum dinyatakan namun dengan kedai rasmi pertama di Asia Tenggara, Apple mungkin akan mengkaji kemungkinan membuka lebih banyak kedai rasmi Apple di rantau ini.

Adakah negara kita akan menerimanya selepas ini?, kita berharap ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

applestore

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.