Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi HTC One X9 didedahkan oleh TENAA

HTC-One-X9-malaysia

Sejak kebelakangan ini, setiap berita mengenai HTC hanya membawa kita lebih dekat kepada HTC One X9 dan kini telefon pintar daripada syarikat Taiwan ini telah dikesan di TENAA. Agensi telekomunikasi ini telah mendedahkan spesifikasi dan gambar One X9.

Dari segi keseluruhanya, HTC One X9 masih mempunyai persamaan dengan HTC One A9 namun dengan sedikit perbezaan. Logo HTC kini mendapat tempat di bahagian atas skrin dan pada One X9 ini juga kita kehilangan sensor pengesan cap jari yang dimiliki One A9.

Antara spesifikasi lain yang dimiliki oleh HTC One X9 ialah skrin paparan 1080 berukuran 5.5-inci, pemproses quad-core 2.2GHz ( kemungkinan tinggi menggunakan pemproses MediaTek Helio), 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP,, kamera selfie 5MP ( tiada kamera UltraPixel), slot microSD. Selain itu, ukuran dimensi model ini juga telah didedahkan, ianya mempunyai ukuran 153.2mm X 75.9mm X 7.99mm dengan berat 174 gram.

Selain itu, pada panel belakang yang dimiliki One X9 ini , anda boleh melihat syarikat ini mempunyai reka bentuk yang baru pada bahagian berhampiran kamera yang mempunyai reka bentuk yang dimiliki oleh Nexus 6P dan Lenovo PHAB Plus.

Walaupun TENAA telah mengeluarkan maklumat HTC One X9 ini , syarikat Taiwan ini masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi namun ianya mungkin berlaku bila-bila masa sahaja.

HTC-One-X9-malaysia-tenaa HTC-One-X9-malaysia-tenaa-1 HTC-One-X9-malaysia-tenaa-2 HTC-One-X9-malaysia-tenaa-3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.