Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Vivo X6 didedahkan oleh TENAA

vivo-x6-tenaa-mobilefokus

Vivo X6 yang merupakan antara peranti paling dinanti-nantikan kini telah melalui satu lagi fasa yang akan membawanya dekat kepada pelancaran rasmi.

Vivo X6 telah membuat lawatan ke agensi telekomunikasi TENAA dan nampakny gambar reka bentuk model ini telah didedahkan sepenuhnya.

Sebelum ini Vivo telah mengesahkan bahawa Vivo X6 akan hadir dengan 4GB RAM, sensor capjari, dan 3 warna namun Vivo tidak pernah memberikan kita gambaran jelas reka bentuk asal model ini selain satu gambar asli yang dikeluarkan oleh majalah Harper’s Bazaar.

Gambar yang dikeluarkan TENAA ini memperlihatkan Vivo X6 mempunyai panel sisi skrin yang nipis, pengesan cap jari dibahagian belakang, kamera yang sedikit terbujur ( mungkin disebabkan reka bentuk yang nipis iaitu hanya 4mm) dan logo Vivo pada bahagian belakang ( melitang) dan hadapan (mendatar).

Walaubagaimanapu, tidak seperti kebiasaanya TENAA tidak mendedahkan sebarang maklumat spesifikasi Vivo X6 ini namun ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD 6.0-inci, pemproses MediaTek Helio X20, 1GB RAM khas untuk grafik dan kamera 21MP.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan model ini dilancarkan didalam dua versi iaitu Vivo X6A dan Vivo X6L

Vivo X6 ini dijangka akan hadir ke pasaran didalam masa terdekat dan pelancaran sebelum penghujung bulan ini dilihat sesuatu yang hampir pasti.

Seperti produk Vivo yang lain, Vivo X6 dijangka akan ditawarkan di pasaran Malaysia namun buat masa ini masih tiada sebarang maklumat rasmi mengenainya.

sumber

vivo-x6-tenaa-mobilefokus-2 vivo-x6-tenaa-mobilefokus-1

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.