Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi Pengecasan Pantas Huawei diperkenalkan


Huawei Fast Charge

Untuk berjaya di pasaran telefon pintar, syarikat pengeluar haruslah sentiasa memperkenalkan teknologi baru yang mampu menarik perhatian pengguna untuk beralih kepada produk mereka.

Kebiasaanya, saban tahun setiap generasi telefon pintar akan hadir dengan skrin paparan yang lebih baik, pemproses yang lebih laju, resolusi kamera yang tinggi dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, kini keadaan pasaran telah berubah dan syarikat pengeluar lebih mengutamakan fungsi berbanding spesifikasi.

Teknologi pengecasan pantas bateri dilihat sesuatu yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh kebanyakkan syarikat pengeluar telefon pintar dan nampaknya Huawei dilihat telah mencuba sesuatu yang baru didalam teknologi pengecasan ini.

Huawei secara rasminya telah memperkenalkan teknologi pengecasan terbaru mereka yang menunjukkan kebolehan teknologi ini mengecas bateri didalam mas beberapa minit sahaja.

Sistem pengecasan Huawei ini menambah satu molekul berbentuk bulatan pada struktur grafit anod bateri yang memang sudah mempunyai bulatan. Disebabkan ini, Huawei mendakwa teknologi mampu melakukan pengecasan pantas tanpa sebarang kekurangan tenaga dan penjejasan jangka hayat bateri.

Salah satu contoh yang ditunjukkan oleh Huawei adalah yang direka dengan bateri berkapasiti 600mAh yang mungkin digunakan pada jam pintar. Teknologi pengecasan Huawei ini mampu mengecas bateri sehingga tahap 2/3 penuh didalam hanya dua minit.

Huawei fast charge

Dalam pada itu, satu lagi ujikaji dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang sesuai digunakan pada telefon pintar menunjukkan kebolehan teknologi ini untuk mengecas bateri sehingga kapasiti 50% didalam masa hanya 5 minit dan bateri ini mampu memberikan tambahan jangka hayat telefon pintar sehingga 10 jam.

Teknologi pengecasan pantas ini dilihat amat mengagumkan dan dijangka akan menjadi antara teknologi pengecasan pantas terbaik didunia namun buat masa ini Huawei belum mengumumkan bila teknologi akan mula digunakan pada telefon pintar mereka.

tontoni video ujian disini > Huawei Fast Charge

ujian bateri berkapasiti 3,000mAh disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.