Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X6 mungkin dilancarkan didalam dua versi X6A & X6L

vivo-x6-malaysia-launch-1

Vivo X6 yang telah banyak diperkatakan oleh syarikat China ini melalui akaun Weibo dan telah mendedahkan beberapa ciri telefon pintar ini.

Antara ciri yang telah disahkan akan ditawarkan pada Vivo X6 ini ialah 4GB RAM, sensor pengesan capjari dan akan hadir didalam tiga warna.

Vivo X6 kini telah mendapat pengesahan 3C yang membolehkanya dijual di China. 3C ini bermaksud China Compulsory Certification dan pengesahan ini juga mendedahkan sesuatu yang tidak diduga.

vivo x6a dan x6l malaysia

Berdasarkan gambar sijil 3C yang diterima Vivo X6 mendedahkan model ini akan hadir didalam dua versi X6A dan X6L namun buat masa ini tiada sebarang perbezaan antara kedua-dua model.

Buat masa ini, Vivo X6 juga dikatakan hadir dengan pemproses 10-teras MediaTek Helio X20, skrin paparan QHD 6.0-inci dengan Force Touch, bateri berkapasiti 4,000mAh, kamera utama 21MP dan pengecasan pantas.

Selain itu, Bercakap mengenai perbezaan kedua-dua versi Vivo X6 ini, ianya mempunyai kapasiti RAM, Memori simpanan dalaman dan saiz skrin paparan yang berbeza.

sumber

berikut adalah gambar yang dikeluarkan oleh Vivo

vivo x6 4gb ram  gambar yang mengesahkan Vivo X6 akan hadir dengan sokongan 4G LTEVivo-X6-4gb-ram-confirmedVivo X6 akan memiliki 4GB RAM vivo x6 fingerprint sensorVivo X6 akan hadir dengan sensor capjari serta sistem pembayaran

Vivo X6 colorsVivo X6 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas ros dan emas

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.