Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch 2 kini sedang dibangunkan

Round-Apple-Watch-concept-by-Alcion-mobilefokus

Pengganti kepada jam pintar pertama Apple iaitu Apple Watch 2 kini didalam proses pembikinan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Perkara ini telah didedahkan oleh Barry Lam yang merupakan pengerusi Quanta Computer yang berpangkalan di Taiwan.

Jika anda tidak pernah mendengar nama Quanta Computer sebelum ini, syarikat ini adalah syarikat yang  telah memenangi kontrak untuk memasang dan menyiapkan Apple Watch.

Lam dikatakan telah membuat satu kenyataan pada satu mesyuarat dengan pelabur yang mana beliau amat yakin generasi kedua Apple Watch ini akan mempunyai prestasi penjualan yang lebih baik berbanding Apple Watch. Selepas kenyataan Lam ini, khabar angin sudah mula kedengaran dengan laporan mengatakan Apple Watch yang baru akan dilancarkan pada suku kedua tahun hadapan.

Khabar angin ini juga dilihat sebagai sesuatu yang masuk akal kerana kitaran produk kebiasaanya akan mempunyai jangka masa 12 bulan dan Apple Watch yang dilancarkan September tahun lalu sebelum mula dijual awal tahun ini akan mencapai tempoh matangnya tahun hadapan.

Selain itu, Apple Watch 2 juga dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang sedikit sebanyak sama seperti Apple Watch yang kini berada di kebanyakkan pasaran utama dunia.

Walaupun sudah mula kedengaran berita mengenai Apple Watch 2, Apple Watch yang sudah hampir 9 bulan di pasaran masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.