Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

11street mengumumkan hari ‘Love 11’ pada 11hb setiap bulan

11street-love-11-day

Kedai atas talian yang semakin popular di Malaysia iaitu 11street telah mengumumkan pelan strategik terbaru mereka yang direka khusus untuk pelanggan yang menggunakan aplikasi mudah alih dan ‘Shocking Deals’ yang merupakan antara keistimewaan yang dimiliki oleh 11 Street.

Selain itu, 11street juga mengumumkan bahawa syarikat ini telah memilih tarikh 11hb setiap bulan sebagai hari ‘Love 11’ yang mana pengguna akan mendapat kejutan istimewa dengan jualan hebat dan hadiah percuma.

Perkara ini telah diumumkan di satu acara sambutan 11street yang berlangsung di Lot 10 Bukit Bintang.

Ketua pegawai eksekutif 11street, Hoseok Kim turut mendedahkan bahawa syarikat ini akan memberikan banyak hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 11 juta. Mulai hari ini sehingga 31 Disember, pada pembeli 11street boleh mendapatkan tawaran harian seperti jualan dan kupon dengan diskaun sehingga 90%.

Tujuan 11 November ini dipilih adalah kerana ini juga merupakan tarikh yang sama dimana 11street Korea mengadakan penjualan besar-besaran dan merupakan satu-satunya tarikh dimana syarikat ini membalas jasa sokongan pengguna.

Selain itu, pada tahun 2016, 11street berkata mereka akan menawarkan lebih banyak produk berkualiti melalui promosi ‘Shocking Deals’ ini dan akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki segala kekurangan pada promosi ini.

Selain itu, antara azam tahun 2016 bagi 11 street adalah syarikat ini akan memberikan lebih banyak fokus kepada pengguna aplikasi mudah alih mereka yang merupakan antara aplikasi paling popular di Google Play Store Malaysia.

11street juga akan menawarkan lebih banyak produk dengan harga penjualan yang lebih baik dan diskaun dengan nilai eksklusif khusus bagi pengguna aplikasi peranti mudah alih 11street.

11street-love-11-day-malaysia 11street-love-11-day-malaysia-2 11street-love-11-day-malaysia-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.