Digi menawarkan 500MB internet percuma kepada semua pelanggan
Jika anda adalah pelanggan Digi, anda pasti mengalami masalah rangkaian pada hari ahad yang lalu dimana Digi mengalami masalah server akibat pintas. Digi telah mengumumkan akan memberikan akses internet percuma selama 24-jam
Disebabkan ini banyak pelanggan Digi melaporkan masalah seperti tidak dapat membuat panggilan dan melayari internet.
Disebabkan ini, Digi sebagai ‘hukuman’ ke atas gangguan yang tidak diingini ini telah mengumumkan akan menawarkan 500MB data internet percuma bagi kesemua pelanggan Digi termasuk pelanggan prabayar dan pascabayar.
Berikut adalah cara untuk menebus data percuma daripada Digi ini:
Untuk pelanggan prabayar Digi sila ikuti langkah seperti pada gambar dibawah ini untuk mendapat 500MB percuma dan panggilan IDD percuma :
Untuk pelanggan pascabayar Digi sila lakukan langkah-langkah dibawah:
Jangan lepaskan peluang ini, ianya akan ditawarkan untuk 24 jam hari ini iaitu pada 13 November dari 12 tengah malam sehingga 11.59 malam.
pemberian internet percuma oleg Digi ini pasti disambut baik oleh pelanggan mereka dan rata-rata pengguna di laman sesawang Facebook dilihat memberikan komen baik dan kami juga ternampak terdapat permintaan daripada pelanggan Digi untuk memberikan kuota internet percuma semalam.
kepada pelanggan Digi sila nikmati pemberian internet percuma ini dan diharapkan perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Sementara itu, bagi pelanggan Digi yang ingin memiliki telefon pintar 4G LTE seperti Huawei Honor 6 dan Meizu MX4 pada harga promosi RM 499 sahaja, anda boleh menghadiri roadshow khas yang kini sedang berlangsung di Mid Valley. maklumat lanjut anda boleh baca disini